Banner iklan disini

Menu Navigasi

BROWNIES MUDAH

BROWNIES MUDAH

Bahan-Bahan

400 g coklat kompound (dipotong kasar)
150 g mentega
100 g gula perang
100 g gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 g tepung naik sendiri*
30 g serbuk koko*

*satukan dan ayak

Cara-Cara Penyediaan

Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah ‘double boiler’. Tutup api dan angkat.
Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
Tuang dalam loyang dan ratakan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160°C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
Keluarkan dan potong mengikut citarasa anda.
Nota:

Jika mahu buat separuh adunan, gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
Boleh juga guna tepung gandum, cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Boleh juga ditambah kekacang 100 g jika suka.
Bagikan ke Facebook

Artikel Terkait

Tidak ada artikel lain dengan kategori serupa.
Banner iklan disini