Resepi Kek Lapis Strawberry Coklat
Bahan-bahan:
Bahan (A):
180 gm mentega
80 gm gula halus
1 sdt ovallete
4 biji telur (Grade AA)
Bahan (B):
3 sdm susu pekat
4 sdm kaya asli
1 sdt esen vanilla
180 gm tepung gandum
1 sdt baking powder
Bahan (C):
250 ml susu cair
Bahan (D):
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco
Bahan (E):
1 sdt strawberry emuco
1 sdt pewarna merah
Cara-cara membuatnya :
1.Ayak tepung gandum bersama baking powder, dan ketepikan.
2.Pukul mentega, ovallete dan gula halus sehingga kembang.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus memukul sehingga sebati.
4.Masukkan susu pekat, kaya, esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kacau rata.
5.Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.
6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian :
(A) Campurkan coklat emulco dan cappucino emulco
(B) Campurkan strawberry emulco dan pewarna merah
* Boleh ubah rasa ikut selera masing2.
7.Kukus selapis demi selapis, setiap lapisan dikukus antara 4-5 minit.
8.Kukusan terakhir 30 minit.
Topping (ikut suka nak letak atau tidak. Kalau letak lebih sedap rasanya
2 sdb merjerin / butter
1/2 cawan serbuk koko. (Kalau guna serbuk koko Van Houten, kurangkan sikit, kalau tak rasa pahit.)
3 sdb susu cair
4 sdb susu pekat.
Cara - Satukan semua bahan dalam periuk kecil, dan masak secara duoble boiler. Tuang topping atas kek, dan taburkan coklat urai....
Siap untuk dimakan